Tarikh : 14 September 2019
Masa : 9.00 Pagi - 10.00 Pagi
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 7 orang
Tujuan 

Memberi pendedahan kepada pengguna berkaitan kepentingan menjaga keselamatan anak-anak dalam pengunaan internet seharian dengan memperkenalkan perisian yang boleh digunakan untuk mengawal aktiviti anak-anak dalam internet.

   
Aktiviti 

Peserta diberi taklimat berkaitan kesan-kesan sekiranya anak-anak terlalu terdedah dalam penggunaan internet tanpa kawalan daripada ibubapa. selain itu, peserta juga diperkenalkan kepada perisian-perisian yang boleh digunakan bagi mengawal dan memantau setiap aktiviti anak-anak dalam penggunaan internet seharian. Diakhir sesi, peserta diberikan penerangan berkaitan Myfreeview digital yang bakal menggantikan siaran TV analog yang akan ditutup secara rasmi pada 30 September 2019 di seluruh Negara. Tayangan video berkaitan dipertontonkan kepada peserta.

Gambar Disini