KV Elektronik Servis telah diasaskan oleh En. Kahar bin Sani. Beliau merupakan anak kelahiran Kg Merotai Kecil Tawau dan telah bermastautin di Felda Umas Tawau sejak memulakan perniagaan membaiki peralatan elektronik pada tahun 2013. Kini beliau telah hampir 6 tahun menjalankan perniagaan tersebut. Perniagaan beliau merupakan perniagaan tunggal di Felda Umas yang yang menjalankan perkhidmatan membaiki peralatan elektronik. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa sambutan daripada penduduk amat memberansangkan. Antara perkhidmatan yang dijalankan adalah membaiki PA System, television, radio, kipas dan peralatan elektronik lain.