Kemudahan awam yang terdapat di Felda Umas-Umas boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti balai polis bantuan, loji air, stesen jana elektrik, dewan semai bakti, padang bola, jalanraya berturap, tadika kemas, gereja, surau dan masjid turut terdapat di Felda Umas-Umas.

Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti klinik kesihatan dan keperluan harian di Tamu Umas.

 

 

masjid

Masjid Al-Muhajirin

 

 

gereja-gabungan

Gereja Kristian Gabungan

 

 

 dewan-semai-bakti

Dewan Semai Bakti

 

 

Dmart

D'Mart

 

Stesen Janakuasa Elektrik Umas