Peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) FELDA Umas Tawau adalah untuk memajukan dan menjaga hal ehwal keselamatan penduduk kampung ini. Organisasi seperti ini juga menjadi tunggak utama penyumbang kepada pembangunan di kawasan setempat. Hal ini kerana, ianya bukan sahaja memainkan peranan penting sebagai penasihat bagi penduduk kampung yang menghadapi masalah, malah turut juga memainkan peranan untuk menyampaikan kepada kerajaan yang memerintah tentang keperluan awam serta keselesaan penduduk.
 

Felda Umas-Umas merupakan salah satu tanah rancangan dibawah Felda Wilayah Sahabat,Lahad Datu, Sabah. Felda Wilayah Sahabat mempunyai lima rancangan (kawasan) membabitkan keluasan 11,707.33 hektar dengan 5,610.23 hektar telah ditanam dengan kelapa sawit.Felda Wilayah Sahabat yang terletak kira-kira 104 kilometer dari Bandar Lahad Datu dilengkapi dengan beberapa kemudahan antaranya sekolah menengah, sekolah rendah, sekolah agama, klinik, masjid dan bangunan kedai yang turut dilengkapi kemudahan sebuah bank. Berbeza dengan Felda Umas-Umas,kawasan ini berkeluasan 9,700 hektar (23,959) dan terletak sejauh 58km dari Bandar Tawau yang mengambil masa 1 jam perjalanan untuk sampai ke sana(Bandar Tawau). Kawasan ini dipercayai pada asalnya merupakan sebuah kawasan hutan yang dipenuhi dengan kepelbagaiaan biodiversiti sebelum dibangunkan sebagai petempatan FELDA.

Persatuan wanita yang berdaftar dengan badan kerajaan di Felda Umas adalah Gerakan Persatuan Wanita (GPW) dan ia terdiri kepada 4 bahagian iaitu umas 01, umas 02, umas 03 & umas 04. Pengerusi GPW umas 01, Puan Asnah Binti Said, ASDO umas 02/03, Puan Nurhayati Binti Abdullah dan Pengerusi GPW umas 02&03 sentiasa aktif bagi memastikan kaum wanita di kampung ini sentiasa bersatu padu melalui aktiviti-aktiviti seperti bergotong-royong membersihkan kawasan kampung dan di kenduri-kendara.

Golongan wanita merupakan antara golongan yang aktif di kawasan Felda Umas Tawau. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh golongan wanita di sini untuk mengisi waktu yang terluang dan menjalankan aktiviti-aktiviti berfaedah. Oleh yang demikian, dengan adanya Pusat internet, golongan wanita ini boleh bergiat aktif secara global dan intelektual untuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang ICT. Golongan wanita di sini aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti luaran. Mereka melakukan pelbagai aktiviti seperti melakukan majlis kenduri, aktiviti gotong-royang dan pelbagai aktiviti-aktiviti luaran lain. Organisasi ini juga dinamakan Gerakan Persatuan Wanita  (GPW).