Tarikh : 11 January 2019
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 10 orang
Tujuan 
Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta cara-cara membuat akaun E-mail menggunakan Gmail.
   
Aktiviti 

Peserta diberi pengenalan asas kepada akaun Gmail. Kemudian, peserta juga diajar langkah-langkah membuat akaun Gmail. Selain itu, cara-cara menghantar email juga diberikan bagi memastikan peserta tahu bagaimana menghantar email dengan betul

Gambar Disini

 

Tarikh : 06 January 2019
Masa : 2.30 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 9 orang
Tujuan 
Kelas ini bertujuan untu memberi pengenalan dan pendedahan kepada penguna tentang penyalahgunaan media dalam penyebaran maklumat palsu kepada masyarakat.
   
Aktiviti 

Peserta diberi pengenalan asas kepada peranan utama MCMC dalam Pusat Internet dan penerangan tentang fungsi bengkel Klik Dengan Bijak (KDB) yang dijalankan. Selain itu, peserta juga diberi penerangan kepada kebaikan dan risiko dalam talian serta pengenalan kepada rangkain talian yang terdapat dalam Malaysia dan penerangan kepada jenis-jenis penyebaran maklumat palsu serta medium yang sentiasa digunakan oleh pengguna untuk menyebarkan maklumat. Risiko dan kesan penyebaran maklumat palsu kepada pelaku dan masyarakat juga diterangkan kepada peserta.

Gambar Disini

Tarikh : 29 December 2018
Masa : 2.30 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 6 orang
Tujuan 
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap pengguna/pelajar mengenai Buli Siber yang semakin berleluasa di dunia serba canggih ini dan apakah impaknya terhadap mangsa buli tersebut
   
Aktiviti 

Pengguna akan belajar mengenai serba sedikit tentang sifat dan ciri-ciri pembuli siber & cara mencegah diri mereka daripada menjadi mangsa buli di alam siber. Kesimpulannya, kami berharap mereka tidak menjadi pembuli atau menjadi mangsa pembuli di alam maya.

Gambar Disini

Tarikh : 05 January 2019
Masa : 2.30 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 9 orang
Tujuan 
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap pengguna/pelajar mengenai fungsi perisian antivirus (antivirus software) terhadap komputer & peranti elektronik yang lain seperti telefon pintar (android atau ios)
   
Aktiviti 

Pengguna/peserta diperkenalkan mengenai "apa itu perisian antivirus?", "apakah fungsi antivirus" dan "bagaimana mahu tahu peranti mereka di serang virus" 

Gambar Disini

Tarikh : 22 December 2018
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 10 orang
Tujuan 
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap pengunaan Microsoft office Word kepada pengguna.
   
Aktiviti 

Peserta diperkenalkan cara menggunakan dan memahami setiap fungsi Microsoft word. Latihan dalam membentuk sesebuah karangan diberikan untuk memberi pendedahan kepada peserta terhadap penggunaan microsoft word. Selain itu, peserta di beri penerangan untuk fungsi dan cara menggunakan setiap butang yang ada di dalam (ribbon) microsoft word.

Gambar Disini