BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD & POWERPOINT

Nama : MOHD KHAIRUL ADAM BIN AB MIRUL
Umur : 12 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Muhammad Khairul Adam Bin Ab Mirul merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Umas-Umas Tawau (SKUT) berumur 12 tahun dan bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini (2019). Beliau merupakan anak ke-2 daripada 4 orang adik-beradik daripada pasangan Encik Ab Mirul bin Mad Jamilul yang merupakan seorang pesara askar dan Junainah binti Manatad seorang surirumah sepenuh masa. Beliau juga merupakan seorang yang rajin dan aktif di sekolah mahupun di rumah. Selain itu, penglibatan beliau di sekolah sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) sangat aktif dan di senangi oleh guru-guru.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan Muhammad Khairul Adam sebagai ahli NADI Felda Umas, beliau tidak tahu akan fungsi kegunaan komputer dan ICT. Walau bagaimanapun, beliau hanya tahu penggunaan komputer adalah untuk bermain permainan yang terdapat dalam komputer sahaja. Manakala, prestasi pelajaran di sekolah juga adalah pada tahap sederhana. Begitu juga tahap pengetahuan pada subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah pada tahap sederhana.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan sebagai ahli NADI dan mengikuti setiap kelas yang diadakan oleh petugas NADI, pengetahuan ICT Muhammad Khairul Adam kini bertambah dan semakin memberansangkan. Beliau kini tahu menggunakan komputer untuk kegunaan yang lebih baik. Kini terdapat beberapa perisian yang beliau mahir menggunakan untuk mebuat kerja-kerja sekolah seperti Microsoft Word, Power Point dan Excel. Beliau juga mahir menggunakan perisian Adobe Ilustrator untuk membuat poster atau logo dan stiker sendiri. Selain itu, prestasi pembelajaran beliau di sekolah juga semakin meningkat. Ini dapat dilihat apabila beliau telah memduduki tempat pertama dalam kelas pada peperiksaan pertengahan tahun pada peperiksaan baru-baru ini. Ini juga menaikan nama beliau antara salah seorang calon pelajar cemerlang dan pelajar harapan untuk mendapat keputusan 6A pada peperiksaan UPSR yang akan diduduki beliau pada tahun ini.

Gambar disini