BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD & POWERPOINT

Nama : KAHAR BIN SANI
Umur : 45 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

KV Elektronik Servis telah diasaskan oleh En. Kahar bin Sani. Beliau merupakan anak kelahiran Kg Merotai Kecil Tawau dan telah bermastautin di Felda Umas Tawau sejak memulakan perniagaan membaiki peralatan elektronik pada tahun 2013. Kini beliau telah hampir 6 tahun menjalankan perniagaan tersebut. Perniagaan beliau merupakan perniagaan tunggal di Felda Umas yang yang menjalankan perkhidmatan membaiki peralatan elektronik. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa sambutan daripada penduduk amat memberansangkan. Antara perkhidmatan yang dijalankan adalah membaiki PA System, television, radio, kipas dan peralatan elektronik lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan Encik Kahar Bin Sani sebagai ahli NADI Felda Umas, beliau tidak tahu akan fungsi kegunaan komputer dan ICT. Walau bagaimanapun, beliau tahu bahawasanya penggunaan komputer adalah untuk membuat kerja dan sambil-sambil melihat wayang (youtube). selain itu, beliau juga berpendapat bahawa NADI ini umpama CyberCafe(CC) yang sentiasa memberi tawaran bermain permainan online atau offline untuk kanak-kanak dan remaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas sahaja beliau mengetahui fungsi dan kebaikan NADI kepada dirinya, beliau sentiasa datang ke PEDi untuk mencari rujukan dan sumber melalui perkhidmatan internet yang disediakan di NADISelepas sahaja beliau menjadi ahli NADI, beliau mendapat pelbagai manfaat seperti penggunaan wifi percuma dan penggunaan komputer, dan mencetak flyers beliau. Pendapatan harian beliau berubah secara drastik selepas sahaja mempromosi perkhidmatan yang beliau sediakan ke facebook.

Gambar disini