BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD, POWERPOINT & EXCEL

Nama : NURIMAN BIN ABDUL AZIZ
Umur : 10 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Nuriman Bin Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Iman beriman yang berumur 10 tahun merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Umas-Umas Tawau . Adik Iman merupakan anak bongsu kepada pasangan Abdul Aziz Bin Abdul Hamid yang merupakan seorang petugas di Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) dan Sarabah Binti Tanjong seorang surirumah sepenuh masa. Adik Iman juga merupakan seorang yang rajin dan aktif di sekolah mahupun di rumah. Selain itu, penglibatannya di sekolah sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sangat aktif dan di senangi oleh guru-guru.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan adik Iman sebagai ahli NADI Felda Umas, adik Iman tidak tahu akan fungsi setiap perisian komputer dan Internet. Walau bagaimanapun, adik iman tahu menggunakan komputer untuk bermain permainan yang terdapat dalam komputer sahaja. Manakala, prestasi pelajaran di sekolah juga adalah pada tahap sederhana. Begitu juga tahap pengetahuan pada subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah pada tahap sederhana.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan adik iman sebagai ahli NADI dan mengikuti setiap kelas yang diadakan oleh petugas NADI, pengetahuan ICT Nuriman kini semakin bertambah dan semakin memberansangkan. Beliau kini tahu menggunakan komputer untuk kegunaan yang lebih baik. Kini terdapat beberapa perisian yang beliau mahir menggunakan untuk mebuat kerja-kerja sekolah seperti Microsoft Word, Power Point dan Excel. Selain itu, prestasi pembelajaran beliau di sekolah juga semakin meningkat. 

Gambar disini