BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD, POWERPOINT & PAINT 3D

Nama : NURJUMAIRAH KAHAR BINTI KAHAR
Umur : 9 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

 

Nurjumairah Kahar Binti Kahar atau lebih dikenali sebagai Mira yang berumur 9 tahun merupakan anak tunggal kepada En. Kahar Sani yang juga merupakan ahli dan usahawan NADI Felda Umas serta pasangannya Pn. Rafiza binti Idrus. Adik Mira merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Umas-Umas Tawau yang bercita-cita ingin menjadi penyanyi terkenal suatu hari nanti. Adik Mira juga merupakan seorang yang rajin dan aktif di sekolah mahupun di rumah. Selain itu, penglibatannya di sekolah sangat aktif mahupun dalam bidang pembelajaran dan kokurikulum. Adik Mira juga merupakan wakil Sekolah Kebangsaan Umas-Umas dalam Pertandingan Nyanyian peringkat sekolah zon Tawau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan adik Mira sebagai ahli NADI Felda Umas, adik Mira tidak tahu menggunakan komputer dan fungsi setiap perisian komputer dan Internet. Walau bagaimanapun, adik Mira hanya tahu mengunakan telefon pintar untuk melayari youtube

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan adik Mira sebagai ahli NADI dan mengikuti setiap kelas yang diadakan oleh petugas PEDi, pengetahuan ICT adik Mira kini semakin bertambah dan semakin memberansangkan. Beliau kini tahu menggunakan komputer untuk kegunaan yang lebih baik. Selain itu, adik mira telah mengetahui cara penggunakan peralatan-peralatan serta perisian komputer dengan baik seperti Microsoft Word untuk menaip, PowerPoint bagi membuat logo dan gambar, Paint 2D dan 3D untuk melukis gambar dan sebagainya. Malahan adik mira merupakan seorang yang rajin dalam mengikuti setiap aktiviti atau kelas yang diadakan di NADI

Gambar disini

Nurjumairah Kahar Binti Kahar