BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD/POWERPOINT & PROMOSI PRODUK 

Nama : NURFADZILA BINTI PARANCHOI 
Umur : 30 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Pn. Nurfadzila binti Paranchoi merupakan pemilik kepada perniagaan kecil yang di namakan sebagai “Karipap Krabings”. Beliau yang juga merupakan anak jati Felda Umas atau anak peneroka Felda Umas yang kini semakin menjadi bualan penduduk dengan hasil jualan yang kian berkembang dengan mempelbagaikan jenis jualan termasuk sejuk beku. Beliau telah memulakan perniaga beliau pada 10 Januari 2016 sehingga kini. Penjualan utama yang dihasilkan oleh beliau adalah karipap seperti karipap sardin, karipap kentang dan macam-macam lagi. Beliau juga mengusahakan pelbagai jenis makanan seperti laksa dengan menyediakan perkhidmatan Cash On Delivery (COD). Selain itu, beliau merupakan seorang yang aktif dalam mengikuti program-progam dan pertandingan masakan yang diadakan di Felda Umas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menjadi ahli NADI Pn. Nurfadzila menggunakan telefon bimbit untuk melayari internet untuk menambah kemahiran sedia ada bagi mencari sumber dan mencari resepi yang baru. Selain itu, beliau juga mengiklankan perniagaan beliau melalui rakan-rakan dia kawasan kejiranan Felda Umas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan beliau menggunakan perkhidmatan NADI, beliau kini dapat mengembangkan peniagaan dengan mengunakan perkhidmatan NADI untuk mempromosikan lagi hasil jualan beliau. Selain itu, beliau juga aktif mengikuti setiap program yang dibuat NADI dengan membuat jualan dan promosi di booth yang telah disediakan.

Gambar disini