BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD, POWERPOINT & EXCEL

Nama : Mohd Fhaeizam Bin Mohammad Fadzly
Umur : 16 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Mohd Fhaeizam merupakan anak sulung di antara 4 orang adik beradik bagi Encik Fadzly & Puan Asmah. Mereka tinggal di perumahan staff Felda Umas 6. Fhaeizam kini berumur 16 Tahun (Tingkatan 4) dan bersekolah di SMK Umas-Umas Tawau. Beliau tidak menyandang apa-apa jawatan dalam mana-mana klub & persatuan di sekolah kerana dia mempunyai minat yang berbeza dalam kehidupan, kerana menjadi pelajar biasa adalah perkara paling dia suka dan bagi beliau kesederhanaan adalah permulaan yang baik untuk menjadi manusia berjaya. Akan tetapi sebenarnya Fhaeizam sangat pandai dalam bidang mencari maklumat di internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan Fhaeizam di NADI pemahaman beliau terhadap penggunaan komputer adalah sangat sederhana. Kerana bagi beliau komputer adalah tempat untuk bermain game, buat kerja, tengok animasi dan movie. Beliau sedar akan pengunaan Microsoft Office di Komputer tapi beliau tidak arif dalam menggunakannya. Maka dengan itu, beliau lebih focus dalam mencari maklumat cara memuat turun game dan animasi komputer

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas sahaja Fhaeizam datang ke NADI dan mendaftar menjadi ahli dan mengikuti beberapa aktiviti di NADI, fhaeizam merasakan segala aktiviti yang dia ikuti sepanjang tahun ini adalah sangat hebat kerana bagi dia pembelajaran yang dia belajar NADI adalah sangat membantu dalam hidupan hariannya dan di sekolah.

Gambar disini