BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD/POWERPOINT & PROMOSI PRODUK 

Nama : PN. DANG SRI FAUZEYEAH BTE AMIN 
Umur : 39 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Pn. Dang Sri Fauzeyeah binti Amin adalah anak ke-5 dari 9 orang adik beradik yang merupakan generasi ke-2 kepada peneroka Felda Umas, Tawau. Beliau telah menamat pengajian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Apas, Tawau Sabah. Bidang kimpalan merupakan minat beliau daripada bangku sekolah lagi dan pada tahun 2015 beliau mula berjinak dalam bidang tersebut secara kecil-kecilan. Berdasarkan kemahiran yang diperolehi oleh beliau, pada tahun 2017 beliau mula mengembangkan perniagaan kimpalan berasaskan besi dan logam di kawasan Felda Umas. Pada tahun 2020, kini beliau telah mampu membuka bengkel sendiri untuk membuat kerja-kerja kimpalan serta mempunyai dua orang pekerja. Beliau juga kini telah menerima tempahan di seluruh daerah Tawau. Antara produk yang dihasilkan oleh beliau adalah sangkar kucing, pagar rumah, rak kasut dan lain-lain. Selain itu, beliau juga membuat perniagaan sampingan seperti catering dan menjual produk-produk tempatan. Beliau telah menjadi ahli PI pada 2018 dan juga merupakan ahli jawatan kuasa NADI dan seorang yang sangat aktif dalam apa jua program yang dijalankan di NADI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menjadi ahli NADI Pn. Dang Sri mempromosikan perniagaan beliau melalui rakan-rakan dan saudara mara terdekat. Perniagaan beliau hanya tertumpu di kawasan Felda Umas sahaja. Perniagaan beliau juga tidak tertumpu kepada kimpalan malah lebih kepada catering sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan beliau menggunakan perkhidmatan NADI, beliau kini dapat mengembangkan peniagaan dengan mengunakan perkhidmatan NADI untuk mempromosikan lagi hasil jualan beliau di media sosial. Dorongan yang diberikan oleh petugas memberi semangat baru bagi beliau untuk mengembangkan perniagaan kimpalan di luar kawasan Felda Umas. Kini dengan mengunakan plaform media sosial beliau telah menerima tempahan dari seluruh kawasan Tawau. 

Gambar disini