BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD/POWERPOINT & PROMOSI PRODUK 

Nama : Cik Jamilah binti Hayang
Umur : 37 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Cik Jamilah binti Hayang merupakan anak jati Felda Umas atau anak peneroka Felda Umas 01 yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dalam bentuk kraftangan ataupun makanan. Beliau menjalankan perniagaan dari rumah dengan mengambil order daripada penduduk setempat terutama di kawasan Felda Umas dan membuat penghantaran secara Cash On Delivery (COD). Antara perniagaan yang dijalankan ialah dengan menerima tempahan kuih muih (kuih kering), menjual kraftangan seperti getah rambut, kerongsang dan lain-lain lagi. Antara perniagaan yang menjadi tempahan hangat dari penduduk sekitar adalah kuih tradisi iaitu Kuih Jala yang kini kurang di buat oleh generasi baru. Kemahiran beliau membuat kuih tradisi ini membuatkan ramai penduduk yang membuat tempahan bagi majlis-majlis keramaian d kawasan Felda Umas. Beliau juga merupakan ahli sukarelawan MIV bagi tahun 2020 mewakili NADI Felda Umas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menjadi ahli NADI komuniti Cik Jamilah hanya menggunakan telefon bimbit untuk melayari internet untuk menambah kemahiran sedia ada bagi mencari sumber dan mencari resepi dan kraftangan yang baru. Selain itu, beliau juga mengiklankan perniagaan beliau melalui rakan-rakan dia kawasan kejiranan Felda Umas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menjadi ahli dan melibatkan diri dalam aktiviti dan program NADI serta mengunakan perkhidmatan yang disediakan, beliau kini dapat mengembangkan peniagaan dengan mengunakan perkhidmatan NADI untuk mempromosikan lagi hasil jualan beliau. Kini beliau juga mempunyai akaun perniagaan shopee dan menggunakan platform tersebut bagi mengembangkan perniagaan beliau. Beliau juga merupakan ahli NADI yang sangat aktif dan sering memberi sokongan dengan melibatkan diri dalam apa jua program serta pertandingan yang dianjurkan oleh NADI Felda Umas.

Gambar disini