BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD & POWERPOINT

Nama : MOHD HAIRUL HASYRAF BIN AB MIRUL
Umur : 14 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Mohd Hairul hasyraf Bin Ab Mirul merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Umas-Umas Tawau (SMKUT) yang rajin & aktif menghadiri kelas ICT & pembelajaran yang sering diadakan di NADI Felda Umas. Selain itu, adik Hasyraf juga merupakan pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) dimana dia ditugaskan untuk menjaga pusat akses yang ada dalam PSS.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menjadi ahli NADI adik Hasyraf sangat mahir menggunakan komputer untuk bermain permainan video di komputer, namun tidak mahir menggunakan internet di komputer & microsoft word/powerpoint sebagai tempat untuk belajar dan buat kerja-kerja sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas kami memberi panduan kepada adik Hasyraf cara menggunakan komputer dengan betul. Adik Hasyraf teruja kerana baru mengetahui komputer sebenarnya banyak fungsinya. Dengan pengetahuan yang adik Hasyraf ada, dia mampu menyiapkan kerja rumahnya dengan menggunakan manfaat yang ada di Pusat Internet. Selain itu, dengan ilmu yang dia ada, adik Hasyraf dapat manfaatkannya di PSS sekolah nya.

Gambar disini