BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD/POWERPOINT & PROMOSI PRODUK 

Nama : Pn. Noorhain binti Jumat
Umur : 29 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Noorhain binti Jumat merupakan anak jati Felda Umas atau anak peneroka Generasi ke-2 Felda Umas 04 yang menjalankan perniagaan pakaian dan produk-produk lain secara kecil-kecilan dalam bentuk online dan dropship. Beliau menjalankan perniagaan dari rumah dengan membeli secara pukal dan menjual secara online kepada penduduk setempat terutama di kawasan Felda Umas dan membuat penghantaran secara Cash On Delivery (COD). Antara perniagaan yang dijalankan beliau iaitu pakaian kanak-kanak dan dewasa, pelitup muka, kosmetik, peralatan dapur dan produk-produk lain. Perniagaan beliau dipasarkan melalui medium whatsapp serta jualan secara online di media social (Facebook). Selain itu, perniagaan beliau juga mendapat tempat dihati penduduk setempat disebabkan harga yang berpatutan dan berkualiti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menjadi ahli NADI komuniti Pn. Noorhain hanya menggunakan telefon bimbit untuk melayari internet untuk menambah kemahiran sedia ada bagi mencari sumber dan mencari resepi dan kraftangan yang baru. Selain itu, beliau juga mengiklankan perniagaan beliau melalui rakan-rakan dia kawasan kejiranan Felda Umas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menjadi ahli dan melibatkan diri dalam aktiviti dan program NADI serta mengunakan perkhidmatan yang disediakan, beliau kini dapat mengembangkan peniagaan dengan mengunakan perkhidmatan NADI untuk mempromosikan lagi hasil jualan beliau. Beliau lebih selesa mempromosikan jualan di media social seperti facebook serta dengan menggunakan whatsapp. Beliau juga merupakan ahli NADI yang sangat aktif dan sering memberi sokongan dengan melibatkan diri dalam apa jua program serta pertandingan yang dianjurkan oleh NADI Felda Umas.

Gambar disini