BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD/POWERPOINT & PROMOSI PRODUK 

Nama : Pn. Nuri binti Jamin
Umur : 35 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Nuri binti Jamin merupakan anak jati Felda Umas atau anak peneroka Generasi ke-2 Felda Umas 04 yang menjalankan perniagaan makanan basah dan kering secara kecil-kecilan dalam bentuk online dan runcit. Beliau menjalankan perniagaan dari rumah dengan membeli secara pukal dan menjual secara online kepada penduduk setempat terutama di kawasan Felda Umas dan membuat penghantaran secara Cash On Delivery (COD). Antara perniagaan yang dijalankan beliau iaitu Ais Manis Pasang Surut, Ikan Bilis, mangga dan barangan makanan basah lain. Perniagaan beliau dipasarkan melalui medium whatsapp serta jualan secara online melalui aplikasi yezza dan kini mula menjinakkan diri dengan platform peniagaan E-dagang (Shopee). Selain itu, perniagaan beliau juga mendapat tempat dihati penduduk setempat disebabkan harga yang berpatutan dan berkualiti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menjadi ahli pusat internet komuniti Pn. Nuri hanya menjual ais manis di kawasan kejiranan sahaja dan beliau tidak menggunakan pedagangan secara online. Selain itu, beliau juga mengiklankan perniagaan beliau melalui rakan-rakan dia kawasan kejiranan Felda Umas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menjadi ahli dan melibatkan diri dalam aktiviti dan program NADI serta mengunakan perkhidmatan yang disediakan, beliau kini dapat mengembangkan peniagaan dengan mengunakan perkhidmatan NADI untuk mempromosikan lagi hasil jualan beliau. Beliau kini lebih berani mengembangkan perniagaan beliau melalui online dengan menggunakan aplikasi Whatsapp, Yezza dan juga shopee. Beliau juga kini lebih berkeyakinan untuk membuka gerai beliau sendiri di Pasar Tamu Felda Umas dan kini menjalankan perniagaan secara online dan offline. Beliau juga merupakan ahli NADI yang sangat aktif dan sering memberi sokongan dengan melibatkan diri dalam apa jua program serta pertandingan yang dianjurkan oleh NADI Felda Umas.

Gambar disini