BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD, POWERPOINT & EXCEL

Nama NUR AIN SYAMIMI BINTI MOHAMAD RAZI
Umur : 9 tahun
Ahli : 2021

 

Latar belakang

Nur Ain Syamimi binti Mohamad Razi merupakan salah seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Umas Umas yang kini berada dalam darjah 3 dan beliau juga turut bersekolah di Sekolah Agama Umas-Umas. Beliau merupakan anak pertama daripada dua orang adik beradik serta merupakan generasi ke-3 bagi penduduk Felda Umas iaitu salah seorang cucu kepada peneroka Felda umas. Di sekolah beliau juga merupakan pelajar yang aktif dan berdisiplin yang menjadi harapan guru-guru. Selain itu, beliau juga sangat menyukai penggunaan teknologi digital dan berminat untuk mempelajarinya d NADI Felda Umas. Beliau juga sangat rajin mengikuti sebarang aktiviti yang dilakukan di NADI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan adik Nur Ain Syamimi di NADI, beliau tidak mengetahui cara menggunakan komputer dan hanya mengetahui pengunaan teknologi digital hanya dengan menggunakan handphone sahaja. selain itu, beliau juga tidak mempunyai komputer atau laptop untuk mengetahui kegunaan peranti tersebut

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menjadi ahli dan pengguna NADI, adik Nur Ain telah banyak belajar menggunakan teknologi digital yang disediakan di NADI. Dengan sifat ingin tahun yang tinggi, beliau sering bertanya dan belajar dengan petugas dalam mempelajari setiap kegunaan dan fungsi lain yang terdapat dalam peranti komputer.

Gambar disini