Tarikh : 17 November 2019
Masa : 2.00 Petang - 3.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta

: 5 orang

Tujuan 

Membincangkan rombakan AJK dan Squad PI bagi 2020 dan perbincangan mengenai aturcara bagi Program Hari Bersama dan lantikan Urusetia HBK.

   
Aktiviti 

Mesyuarat diseliakan oleh petugas PI dengan mengemukakan carta organisasi dan AJK lantikan baru. Perbincangan diteruskan dengan lantikan urusetia dan susun atur program serta jemputan perasmi, agensi serta barisan VIP dan sasaran pengunjung bagi Program HBK yang akan berlangsung pada 08hb Desember 2019. Mesyuarat ditangguhkan pada masa yang akan ditetapkan.

Gambar Disini

Tarikh : 16 November 2019
Masa : 2.00 Petang - 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta

: 25 orang

Tujuan 

Mengajar pelajar untuk membina artikel yang berkaitan buli siber dan meningkatkan kemahiran menaip dan berfikir dengan bijak.

   
Aktiviti 

Pelajar diberikan tutorial dalam cara-cara penggunaan aplikasi dashboard komuniti. Melalui modul MyKomuniti, pelajar diajar cara-cara untuk membuat artikel. Kemudian, setiap pelajar diarahkan untuk membina satu artikel yang bertajuk "Kesan buli terhadap pelajar". Dengan aktiviti ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran ICT seperti mencari maklumat dengan merujuk kepada sumber-sumber yang boleh didapati melalui internet.

Gambar Disini

Tarikh : 13 November 2019
Masa : 2.00 Petang - 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta

: 15 orang

Tujuan 

Mengajar peserta dalam menghasilkan video dan memasukkan audio dengan mengunakan perisian Video Editor untuk penghasilan video yang menarik.

   
Aktiviti 

Dengan mengunakan video yang dihasilkan pada kelas sebelumnya yang mengunakan perisian Powerpoint, peserta diarahkan untuk memuat naik video tersebut pada perisian Video editor. Kemudian, peserta ditunjukkan cara-cara untuk memuat naik audio didalam video tersebut. Setiap peserta memuat naik audio pilihan masing-masing pada link www.ashamaluevmusic.com untuk dimuatkan pada video sebelum ini. Setiap penghasilan video dipertontonkan kepada semua peserta pada akhir kelas.

Gambar Disini

Tarikh : 16 November 2019
Masa : 11.30 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta

: 25 orang

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara mengatasi dan kesan terhadap buli siber samada mangsa buli mahupun pembuli itu sendiri.

   
Aktiviti 

Pelajar diberi taklimat mengenai apa yang dimaksudkan dengan buli siber dan perbezaan dengan buli secara fizikal. Pelajar diberikan beberapa soalan mengenai apa yang mereka faham berkaitan buli siber. Kemudian, tayangan video mengenai buli siber dipertontonkan bagi menambah lagi pemahaman pelajar berkaitan buli siber yang semakin meluas.

Gambar Disini

Tarikh : 10 November 2019
Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta

: 7 orang

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada wanita dalam kepentingan penjagaan kulit dan kecantikan luar dan dalam bagi setiap wanita

   
Aktiviti 

Kursus diseliakan oleh perunding Mary Kay. Setiap peserta diberi pemeriksaan kulit bagi mengetahui tahap kesihatan kulit. Kemudian, peserta diberi taklimat mengenai cara-cara penjagaan kulit yang betul. Peserta diberikan tutorial cara-cara pengunaan barangan kecantikan Mary Kay dengan setiap langkah. Setiap peserta diberikan cenderahati daripada perunding kecantikan Mary Kay pada akhir program.

Gambar Disini