Tarikh : 19 October 2019
Masa : 2.00 Petang - 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta

: 23 orang

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada pelajar sekiranya pengunaan internet disalahgunakan dan memupuk semangat kerjasama dalam tugasan kumpulan yang diberikan.

   
Aktiviti 

Pelajar diberi taklimat dan aktiviti kumpulan yang mengunakan aplikasi telepon iaitu "Actionbound" yang menghendaki pelajar untuk membuat beberapa misi dan menjawab soalan KDB yang diberikan. Kumpulan yang terpantas menyelesaikan misi mendapat saguhati yang disediakan. Pada akhir aktiviti, penyampaian hadiah diberikan kepada peserta.

Gambar Disini

Tarikh : 17 October 2019
Masa : 2.00 Petang - 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta

: 7 orang

Tujuan 

Mengajar pelajar untuk lebih kreatif dengan memberi tugasan untuk melukis lakaran manusia dengan menggunakan paint 3D.

   
Aktiviti 

Pelajar diberikan tugasan untuk melakar manusia dengan menggunakan paint 3D. Lakaran yang dibuat adalah dengan hasil kreativiti masing-masing. pelajar juga digalakkan mengunakan teknik-teknik yang baru untuk hasil yang lebih menarik.

Gambar Disini

Tarikh : 13 October 2019
Masa : 2.00 Petang - 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta

: 16 orang

Tujuan 

Menguji minda dan melatih kecerdasan fikiran pelajar dengan memberikan permainan yang berpelajaran secara online.

   
Aktiviti 

Pelajar dikehendaki membuat puzzle melalui medium dashboard komuniti kepada link thejigsawpuzzles.com untuk melengkapkan puzzle yang diberikan. Kemudian pelajar diberi tugasan kedua iaitu mencari perkataan tersembunyi melalui link thewordsearch.com. Aktiviti diakhiri dengan pemberian saguhati kepada pelajar terpantas menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Gambar Disini

Tarikh : 16 October 2019
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta

: 8 orang

Tujuan 

Mengajar pelajar untuk lebih lancar menggunakan Microsoft Word dalam membuat sebarang kerja yang memerlukan pelajar untuk menaip.

   
Aktiviti 

Pelajar diberikan satu tajuk karangan bebas dan dikehendaki membuat satu karangan bertaip mengunakan Microsoft Word. Pelajar diberi masa selama 2 jam untuk membuat karangan yang terbaik dan menggunakan format standard pada karangan mereka.

Gambar Disini

Tarikh : 04 October 2019
Masa : 8.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta

: 28 orang

Tujuan 

Mendedahkan pelajar kepada kesan pengunaan internet yang tidak terkawal pada pelajar bawah umur dan pengawasan sekiranya terdedah dengan online grooming.

   
Aktiviti 

Pelajar diberi taklimat mengenai pengenalan internet dan pendedahan kepada kawalan internet kepada pelajar serta pendedahan kepada online grooming yang sering disasarkan kepada kanak-kanak. Program diteruskan dengan membuat aktiviti pertandingan mewarna secara online dan mencari perkataan tersembunyi.

Gambar Disini