Tarikh : 20 Julai 2019
Masa : 2.00 Petang - 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 17 orang
Tujuan 

Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta cara menyunting gambar dengan menggunakan adobe photoshop

   
Aktiviti 

Antara aktiviti yang kami ialah pengenalan cara menggunakan tools yang ada dalam adobe photoshop. kemudian perserta di ajar cara menyunting gambar dengan bersumberkan google image bagi memudahkan proses menyunting.

Gambar Disini

Tarikh : 14 Julai 2019
Masa : 2.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 6 orang
Tujuan 
Memberi tunjuk ajar kepada pelajar dengan cara-cara mudah untuk menjawab soalan peperiksaan.
   
Aktiviti 

Pelajar diberi contoh soalan peperiksaan bahasa melayu dan diberi tunjuk ajar tentang cara-cara menjawab soalan dengan baik dan teliti. Pelajar diberi soalan lain dan diberi masa sejam untuk menjawab soalan. Setelah selesai menjawab soalan, sesi perbincangan jawapan di buat bagi melihat tahap kefahaman masing-masing.

Gambar Disini

Tarikh : 09 Julai 2019
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 10 orang
Tujuan 
Taklimat diberi bagi mencegah penyebaran maklumat palsu yang kerap berlaku melalui  media sosial mahupun media perhubungan lain.
   
Aktiviti 

Pelajar diberi taklimat berkaitan maklumat palsu yang harus diketahui oleh setiap pengguna internet atau media sosial. Contoh-contoh maklumat palsu ditunjukkan kepada pelajar melalui tayangan video dan daripada media sosial seperti facebook.

Gambar Disini

Tarikh : 13 Julai 2019
Masa : 2.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 9 orang
Tujuan 
Mengajar pelajar mencipta akaun Gmail masing-masing untuk kegunaan akan datang.
   
Aktiviti 

Pelajar diberi pendedahan kepada apa yang dimaksudkan dengan Internet dan kegunaannya. Kemudian, setiap pelajar diajar untuk membuat akaun Gmail masing-masing. Pelajar juga diajar cara-cara menghantar Email dan cara kegunaan lain.

Gambar Disini

Tarikh : 11 Julai 2019
Masa : 9.00 Pagi - 12.30 Pagi
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Batu Payung Tawau
Peserta : 41 orang
Tujuan 

program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kebaikan dan keburukan terhadap penggunaan internet. Selain itu, pengenalan tentang fungsi dan perkhidmatan Pusat Internet.

   
Aktiviti 

Antara aktiviti menarik yang terdapat di dalam program ini adalah Radio Rosak dan Kuiz Klik Dengan Bijak serta hadiah yang menarik akan dimiliki Untuk pemenang.

Program berakhir tepat pada pukul 12.00 petang diakhiri dengan penyampaian hadiah untuk pemenang dan sesi bergambar. Diharapkan program seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim malahan juga dapat beramah mesra sesama mereka dan dapat memberikan impak yang positif kepada semua lapisan masyarakat.

Gambar Disini