Tarikh : 24 June 2019
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 8 orang
Tujuan 

untuk memberi pendedahan kepada perserta mengenai cara-cara menyunting imej di dalam adobe illustrator dan kemudian menjadikan imej yang mereka sunting menjadi pelekat

   
Aktiviti 

perserta di perkenalkan cara menggunakan adobe illustrator, kemudian mereka menyunting/menekap gambar yang mereka pilih. Perserta menambahkan teks di dalam gambar mereka untuk menghasilkan pelekat mereka.

Gambar Disini

Tarikh : 23 June 2019
Masa : 2.00 Petang - 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 14 orang
Tujuan 

Memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah berkaitan resume dan kegunaan pada masa akan datang kepada mereka. Dengan mengunakan perisian microsoft publisher, pelajar dapat membuat reka bentuk resume yang menarik.

   
Aktiviti 

Aktiviti dimulakan dengan memberi pegenalan kepada pelajar tentang apa yang dimaksudkan dengan resume dan kegunaannya. Pelajar juga ditunjukkan contoh-contoh bagi bentuk dan jenis resume. Kemudian, video tutorial membuat resume menggunakan perisian microsoft Publisher ditunjukkan pada pelajar. Pelajar diarahkan untuk membuat resume masing-masing berpandukan tutorial yang diberikan. 

Gambar Disini

Tarikh : 16 June 2019
Masa : 2.00 Petang - 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 12 orang
Tujuan 

Kelas ini bertujuan untuk mengajar pelajar membuat suntingan video dengan menggunakan perisian video editor yang tersedia pada window 10 bagi menghasilkan video pendek masing-masing. Sasaran kelas ini adalah untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

   
Aktiviti 

Aktiviti dimulakan dengan menunjukkan pengenalan kepada suntingan video dan tutorial atau cara-cara penggunaan perisian video editor kepada pelajar. Kemudian, pelajar akan mengikuti setiap tutorial yang ditujukkan oleh pengajar. Setelah memahami cara penggunaan perisian tersebut setiap pelajar dikehendaki membuat video pendek masing-masing berdasarkan bahan yang diberikan oleh pengajar.

Gambar Disini

Tarikh : 22 June 2019
Masa : 2.00 Petang - 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 23 orang
Tujuan 

Menarik minat pelajar untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran dengan bermain sambil belajar dengan mengunakan medium internet. Selain itu, pelajar juga dapat menambah pengetahuan dalam bidang ICT.

   
Aktiviti 

Aktiviti dimulakan dengan memberi soalan-soalan mudah kepada pelajar dan dijawab secara lisan. Pelajar diberi peluang untuk menjawab soalan yang diberikan petugas secara sukarela. Kemudian, dengan menggunakan link www.mathgames.com setiap pelajar diberi peluang menjawab soalan matematik secara online sambil bermain permainan yang diberikan.

Gambar Disini

Tarikh : 18 June 2019
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Pasir Putih
Peserta : 8 orang
Tujuan 

Untuk memperkenalkan makanan tradisi yang terkenal di kalangan masyarakat di balung cocos kepada komuniti setempat. 

   
Aktiviti 

Memperkenalkan makanan tradisi masyarakat cocos iaitu “ayam masak rose”. Meyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Menumis bahan-bahan yang dikisar seperti bawang, lengkuas, dan halias. Kemudian ayam di masukan kedalam kuali, Bersama dengan sos tiram dan kicap.Selain itu, ayam rendang juga disediakan bagi menambah selera di meja makan.

Gambar Disini