Tarikh : 17 May 2019
Masa : 9.00 Pagi - 10.00 Pagi
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 2 orang
Tujuan 

untuk memberi latihan kepada perserta cara-cara membuat bisnes kad mereka yang tersendiri di masa akan datang.

   
Aktiviti 

Perserta menggunakan perisian Microsoft Publisher untuk membuat bisnes kad. Dengan menggunakan Template Online yang sedia ada, Perserta hanya perlu menggubah Nama dan alamat mereka sahaja. Kemudian mereka membuat logo syarikat mereka menggunakan Microsoft Powerpoint dan mereka meletakan logo tersebut di dalam bisnes kad mereka.

Gambar Disini

 

Tarikh : 12 May 2019
Masa : 1.30 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 30 orang
Tujuan 

Mengajar pelajar untuk membuat kad ucapan hasil kreativiti masing-masing bersempena Hari Ibu dan Hari Guru. Selain itu, aktiviti ini dapat memupuk kesedaran pelajar untuk menghargai Ibubapa dan Guru.

   
Aktiviti 

Sempena Hari Ibu dan Hari Guru pelajar diajar untuk menghasilkan kad ucapan mengikut kreativiti masing-masing dengan mengunakan perisian microsoft powerpoint. Pelajar ditunjukkan cara-cara membuat kad ucapan oleh petugas, kemudian pelajar diasingkan kepada dua kumpulan untuk menghasilkan kad ucapan masing-masing. Pelajar menghasilkan kad ucapan masing-masing dengan bersungguh-sungguh untuk diberikan kepada ibu dan guru mereka. 

Gambar Disini

Tarikh : 09 May 2019
Masa : 9.30 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 7 orang
Tujuan 

Melatih pelajar sekolah menengah menaip karangan dengan menggunakan perisian microsoft word. Selain itu, aktiviti ini boleh menambah kemahiran mereka dalam menulis karangan dengan baik.

   
Aktiviti 

Pelajar diberikan satu contoh karangan dan mereka dikehendaki menaip semula karangan tersebut menggunakan format yang diberikan. Pelajar juga ditunjukkan cara-cara memuat naik gambar kedalam karangan yang dibuat.

Gambar Disini

Tarikh : 11 May 2019
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 11 orang
Tujuan 

Melatih pelajar untuk melakukan sesuatu yang berfaedah dan perkara lain yang dapat dilakukan semasa melayari internet.

   
Aktiviti 

Melalui Aplikasi Dashboard Komuniti pelajar diarahkan untuk klik link yang disediakan untuk membuat aktiviti mewarna secara Online. Pelajar diberi masa selama sejam untuk menyiapkan hasil warna bagi sekeping gambar yang diberikan. Selain itu, pelajar juga boleh bermain permainan online yang yang telah disediakan didalam modul Dashboard Komuniti

Gambar Disini

Tarikh : 05 May 2019
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 18 orang
Tujuan 

Untuk memberi pencerahan kepada perserta cara-cara & peraturan menggunakan Komputer di pusat internet felda umas.

   
Aktiviti 

Perserta di berikan pengenalan asas mengenai cara-cara menggunakan komputer di Pusat internet dan akhir sekali, perserta diberikan kuiz.

Gambar Disini