Tarikh : 14 April 2019
Masa : 11.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 11 orang
Tujuan 

Memberi latihan dan tugasan untuk dibentangkan kepada umum. selain itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat serta keyakinan diri dengan hasil kerja yang dibentangkan.

   
Aktiviti 

Perserta diberikan diberikan tugasan untuk membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 2 orang bagi mencari maklumat berkaitan tempat menarik di Malaysia. setelah selesai mencari maklumat peserta diminta untuk membuat slide pembentangan dengan menggunakan microsoft power point dan membentangkan hasil kerja masing-masing.

Gambar Disini 

 

Tarikh : 09 April 2019
Masa : 9.00 Pagi - 4.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet PPR Taman Sri Apas
Peserta : 20 orang
Tujuan 

Pusat Internet daerah Tawau telah menjalankan bengkel latihan keusahawanan membuat sandwich yang bertempat di PI PPR Taman sri Apas. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada ahli pusat internet untuk lebih bersifat usahawan dalam pelbagai aspek untuk yang telah dipelajari di Pusat Internet.

   
Aktiviti 

bengkel di teruskan dengan agenda utama iaitu di mana peserta di terangkan cara untuk membuat sandwich dengan lebih mudah, menarik dan cepat. Peserta juga digalakkan untuk menggunakan medium youtube, facebook, sumber yang ada di laman web sebagai rujukan kepada mereka. Tujuan ini juga dapat memberi pendedahan mengenai teknologi maklumat secara tidak langsung. Setiap peserta diberikan bahan untuk membuat sandwich mereka mengikut kreativiti masing-masing.

Gambar Disini 

 

Tarikh : 05 April 2019
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 3 orang
Tujuan 

untuk memberi latihan kepada pengguna mengenai cara menaip di perisian microsoft word 

   
Aktiviti 

Perserta akan di berikan ayat-ayat contoh yang ada di flyer "klik dengan bijak" dan mereka menaip semula ayat-ayat itu di microsoft word. kemudian mereka menggunakan google translate sebagai medium membuat ayat tersebut menjadi bahasa malaysia. agar mereka memahami apa yang di tulis

Gambar Disini 

 

Tarikh : 06 April 2019
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 18 orang
Tujuan 

untuk memberi latihan kepada perserta mengenai cara menggunakan jalan pintas "shortcut key" di microsoft excel.

   
Aktiviti 

Perserta diberikan contoh "shortcut key" di dalam satu helaian kertas. kemudian kami memberi penjelasan setiap satu shortcut key asas yang mereka perlu tahu. akhir sekali, kami memberi latihan kepada perserta dengan membuat sifir 2 hingga seterusnya dengan mengadaptasikan dengan pelajaran hari ini. 

Gambar Disini 

 

Tarikh : 16 Mac 2019
Masa : 8.00 malam - 10.30 malam
Lokasi : Downtown, Bandar Tawau
Peserta : 8 orang
Tujuan 

Membuat penggambaran untuk Video Menarik Di Tawau di kawasan yang menjadi tumpuan pengunjung dan berpotensi untuk menjadi tempat usahawan menaikan lagi perniagaan mereka.

   
Aktiviti 

Pusat Internet daerah Tawau telah mengadakan satu Pengambaran Video Menarik di Tawau bertempat di Downtown, Bandar Tawau. Pengambaran pada kali ini tertumpu kepada pengenalan tempat makan menarik yang boleh dikujungi di Bandar Tawau pada waktu malam

Gambar Disini