Tarikh : 20 April 2019
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 17 orang
Tujuan 

untuk memberi penerangan kepada perserta cara-cara mengunakan template resume (online) yang sedia ada di microsof word.

   
Aktiviti 

antara aktiviti yang kami lakukan ialah, sedikit penjelasan mengenai cara-cara menggunakan microsoft word.selepas itu, perserta memuat turun template resume dan mensunting maklumat di dalam resume tersebut.

Gambar Disini 

 

Tarikh : 14 April 2019
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 24 orang
Tujuan 

Memberi tugasan membuat origami hasil kreativiti para peserta melalui rujukan youtube serta menyerlahkan bakat masing-masing dalam kreativiti menghasilkan origami.  

   
Aktiviti 

Perserta diberikan diberikan tugasan untuk membuat seberapa banyak origami mengunakan sumber rujukan daripada youtube. Para peserta akan menunjukkan minat dan kesungguhan menghasilkan origami. Origami yang dihasilkan menunjukkan pemikaran kreatif yang ada pada peserta yang terlibat.

Gambar Disini 

 

Tarikh : 10 April 2019
Masa : 7.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : SK Balung Tawau Sabah
Peserta : 100 orang
Tujuan 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan ICT dan memberi beberapa aktiviti kepada pelajar bagi memupuk semangat untuk belajar dan membaca.

   
Aktiviti 

Agenda utama aktiviti ini adalah untuk memupuk minat pelajar serta dalam pelajaran serta membuka minda agar sentiasa berfikiran positif dan bijak membuat keputusan. Antara aktiviti yang dilakukan adalah Kuiz KDB, permainan radio rosak dan I-Maze.

Gambar Disini 

Tarikh : 13 April 2019
Masa : 2.00 Petang - 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Umas
Peserta : 8 orang
Tujuan 

Memberi latihan dan mengembangkan kreativiti peserta dalam membuat kraftangan untuk memupuk semangat keusahawanan para peserta.

   
Aktiviti 

Perserta diberikan contoh daripada sumber youtube untuk membuat kraftangan daripada surat kabar bagi membuat bakul atau pasu bunga. Selain itu, peserta juga belajar membuat perhiasan bunga melalui tisu. Bengkel ini berlangsung selama 2 jam 30 minit dan peserta dapat menyiapkan hasil tangan masing-masing dengan jayanya.

Gambar Disini 

Tarikh : 16 April 2019
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet PPR Sri Apas
Peserta : 15 orang
Tujuan 

untuk memberi ilmu kepada perserta mengenai cara-cara membuat sticker/Pelekat asas  dengan mudah.

   
Aktiviti 

Peserta diberi pilihan menggunakan microsoft word ataupun power point untuk memudahkan mereka menghasilkan stiker yang menarik dan kreatif mengikut kreativiti peserta. Selain itu, peserta juga turut di perkenalkan setiap alatan-alatan dan fungsi penggunaannya. Peserta juga di beri peluang untuk mencari sumber menggunakan website seperti blog, facebook dan sumber-sumber yang lain. Setiap peserta di kehendaki menyiapkan satu sticker produk masing-masing dan akan di printkan untuk menunjukkan hasil kreativiti mereka.

 

Gambar Disini