BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD, POWERPOINT & EXCEL

Nama NUR AIN SYAMIMI BINTI MOHAMAD RAZI
Umur : 9 tahun
Ahli : 2021

 

Latar belakang

Nur Ain Syamimi binti Mohamad Razi merupakan salah seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Umas Umas yang kini berada dalam darjah 3 dan beliau juga turut bersekolah di Sekolah Agama Umas-Umas. Beliau merupakan anak pertama daripada dua orang adik beradik serta merupakan generasi ke-3 bagi penduduk Felda Umas iaitu salah seorang cucu kepada peneroka Felda umas. Di sekolah beliau juga merupakan pelajar yang aktif dan berdisiplin yang menjadi harapan guru-guru. Selain itu, beliau juga sangat menyukai penggunaan teknologi digital dan berminat untuk mempelajarinya d NADI Felda Umas. Beliau juga sangat rajin mengikuti sebarang aktiviti yang dilakukan di NADI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan adik Nur Ain Syamimi di NADI, beliau tidak mengetahui cara menggunakan komputer dan hanya mengetahui pengunaan teknologi digital hanya dengan menggunakan handphone sahaja. selain itu, beliau juga tidak mempunyai komputer atau laptop untuk mengetahui kegunaan peranti tersebut

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menjadi ahli dan pengguna NADI, adik Nur Ain telah banyak belajar menggunakan teknologi digital yang disediakan di NADI. Dengan sifat ingin tahun yang tinggi, beliau sering bertanya dan belajar dengan petugas dalam mempelajari setiap kegunaan dan fungsi lain yang terdapat dalam peranti komputer.

Gambar disini

BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD/POWERPOINT & PROMOSI PRODUK 

Nama : Pn. Nuri binti Jamin
Umur : 35 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Nuri binti Jamin merupakan anak jati Felda Umas atau anak peneroka Generasi ke-2 Felda Umas 04 yang menjalankan perniagaan makanan basah dan kering secara kecil-kecilan dalam bentuk online dan runcit. Beliau menjalankan perniagaan dari rumah dengan membeli secara pukal dan menjual secara online kepada penduduk setempat terutama di kawasan Felda Umas dan membuat penghantaran secara Cash On Delivery (COD). Antara perniagaan yang dijalankan beliau iaitu Ais Manis Pasang Surut, Ikan Bilis, mangga dan barangan makanan basah lain. Perniagaan beliau dipasarkan melalui medium whatsapp serta jualan secara online melalui aplikasi yezza dan kini mula menjinakkan diri dengan platform peniagaan E-dagang (Shopee). Selain itu, perniagaan beliau juga mendapat tempat dihati penduduk setempat disebabkan harga yang berpatutan dan berkualiti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menjadi ahli pusat internet komuniti Pn. Nuri hanya menjual ais manis di kawasan kejiranan sahaja dan beliau tidak menggunakan pedagangan secara online. Selain itu, beliau juga mengiklankan perniagaan beliau melalui rakan-rakan dia kawasan kejiranan Felda Umas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menjadi ahli dan melibatkan diri dalam aktiviti dan program NADI serta mengunakan perkhidmatan yang disediakan, beliau kini dapat mengembangkan peniagaan dengan mengunakan perkhidmatan NADI untuk mempromosikan lagi hasil jualan beliau. Beliau kini lebih berani mengembangkan perniagaan beliau melalui online dengan menggunakan aplikasi Whatsapp, Yezza dan juga shopee. Beliau juga kini lebih berkeyakinan untuk membuka gerai beliau sendiri di Pasar Tamu Felda Umas dan kini menjalankan perniagaan secara online dan offline. Beliau juga merupakan ahli NADI yang sangat aktif dan sering memberi sokongan dengan melibatkan diri dalam apa jua program serta pertandingan yang dianjurkan oleh NADI Felda Umas.

Gambar disini

 

BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD/POWERPOINT & PROMOSI PRODUK 

Nama : Cik Jamilah binti Hayang
Umur : 37 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Cik Jamilah binti Hayang merupakan anak jati Felda Umas atau anak peneroka Felda Umas 01 yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dalam bentuk kraftangan ataupun makanan. Beliau menjalankan perniagaan dari rumah dengan mengambil order daripada penduduk setempat terutama di kawasan Felda Umas dan membuat penghantaran secara Cash On Delivery (COD). Antara perniagaan yang dijalankan ialah dengan menerima tempahan kuih muih (kuih kering), menjual kraftangan seperti getah rambut, kerongsang dan lain-lain lagi. Antara perniagaan yang menjadi tempahan hangat dari penduduk sekitar adalah kuih tradisi iaitu Kuih Jala yang kini kurang di buat oleh generasi baru. Kemahiran beliau membuat kuih tradisi ini membuatkan ramai penduduk yang membuat tempahan bagi majlis-majlis keramaian d kawasan Felda Umas. Beliau juga merupakan ahli sukarelawan MIV bagi tahun 2020 mewakili NADI Felda Umas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menjadi ahli NADI komuniti Cik Jamilah hanya menggunakan telefon bimbit untuk melayari internet untuk menambah kemahiran sedia ada bagi mencari sumber dan mencari resepi dan kraftangan yang baru. Selain itu, beliau juga mengiklankan perniagaan beliau melalui rakan-rakan dia kawasan kejiranan Felda Umas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menjadi ahli dan melibatkan diri dalam aktiviti dan program NADI serta mengunakan perkhidmatan yang disediakan, beliau kini dapat mengembangkan peniagaan dengan mengunakan perkhidmatan NADI untuk mempromosikan lagi hasil jualan beliau. Kini beliau juga mempunyai akaun perniagaan shopee dan menggunakan platform tersebut bagi mengembangkan perniagaan beliau. Beliau juga merupakan ahli NADI yang sangat aktif dan sering memberi sokongan dengan melibatkan diri dalam apa jua program serta pertandingan yang dianjurkan oleh NADI Felda Umas.

Gambar disini

 

BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD/POWERPOINT & PROMOSI PRODUK 

Nama : Pn. Noorhain binti Jumat
Umur : 29 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Noorhain binti Jumat merupakan anak jati Felda Umas atau anak peneroka Generasi ke-2 Felda Umas 04 yang menjalankan perniagaan pakaian dan produk-produk lain secara kecil-kecilan dalam bentuk online dan dropship. Beliau menjalankan perniagaan dari rumah dengan membeli secara pukal dan menjual secara online kepada penduduk setempat terutama di kawasan Felda Umas dan membuat penghantaran secara Cash On Delivery (COD). Antara perniagaan yang dijalankan beliau iaitu pakaian kanak-kanak dan dewasa, pelitup muka, kosmetik, peralatan dapur dan produk-produk lain. Perniagaan beliau dipasarkan melalui medium whatsapp serta jualan secara online di media social (Facebook). Selain itu, perniagaan beliau juga mendapat tempat dihati penduduk setempat disebabkan harga yang berpatutan dan berkualiti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menjadi ahli NADI komuniti Pn. Noorhain hanya menggunakan telefon bimbit untuk melayari internet untuk menambah kemahiran sedia ada bagi mencari sumber dan mencari resepi dan kraftangan yang baru. Selain itu, beliau juga mengiklankan perniagaan beliau melalui rakan-rakan dia kawasan kejiranan Felda Umas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menjadi ahli dan melibatkan diri dalam aktiviti dan program NADI serta mengunakan perkhidmatan yang disediakan, beliau kini dapat mengembangkan peniagaan dengan mengunakan perkhidmatan NADI untuk mempromosikan lagi hasil jualan beliau. Beliau lebih selesa mempromosikan jualan di media social seperti facebook serta dengan menggunakan whatsapp. Beliau juga merupakan ahli NADI yang sangat aktif dan sering memberi sokongan dengan melibatkan diri dalam apa jua program serta pertandingan yang dianjurkan oleh NADI Felda Umas.

Gambar disini

 

BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD, POWERPOINT & EXCEL

Nama : MUHAMMAD MUHAZRIN SYAZWAN
Umur : 14 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Muhammad Muhazrin Syazwan adalah pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Umas Umas. Beliau merupakan anak pertama daripada tiga orang adik beradik. di sekolah nya Muhazrin hanya la pelajar biasa yang menyukai kehidupan bersederhana. tak kira dari segi akademik dan sukan. akan tetapi beliau sangat menyukai teknologi, sepanjang beliau di NADI beliau sentiasa menonton cerita dokumentari mengenai evolusi telefon dan komputer. selain itu beliau juga tertarik menyunting video menggunakan telefon dengan menggunakan aplikasi seperti "capcut, inshot & kinemaster". 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan Muhazrin di NADI, beliau tidak mengetahui cara menggunakan komputer, kerana bagi beliau komputer di NADI sangat pelik kerana tidak sama dengan komputer yang ada di CyberCafe. selain itu, beliau hanya mengetahui cara menggunakan komputer adalah untuk main permainan video "game" sahaja. beliau tidak tahu mengenai aplikasi seperti Microsoft Word, Excel, & Powerpoint.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas sahaja Muhazrin megikuti pelbagai kelas & aktiviti di NADI, beliau semakin faham apa kegunaan komputer selain daripada main game.

Gambar disini