BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD, POWERPOINT & EXCEL

Nama : NORISH INTAN FAREESHA BT ABD FADZZIL
Umur : 10 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Norish Intan Fareesha Bt Abd Fadzzil merupakan anak bongsu di antara 2 orang adik beradik bagi Encik Abd Fadzzil & Puan Norintan. Adik Norish Intan kini berumur 10 Tahun (Darjah 4) dan bersekolah di SK Umas-Umas Tawau. Beliau tidak menyandang apa-apa jawatan dalam mana-mana klub & persatuan di sekolah kerana dia 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan Norish Intan di NADI pemahaman beliau terhadap penggunaan komputer adalah sangat sederhana. Kerana bagi beliau komputer adalah tempat untuk menonton youtube, buat kerja, tengok drama dan movie. Adik Norish tahu serba sedikit mengenai Microsoft Office di Komputer tapi beliau tidak begitu faham cara penggunaannya bagaimana.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas sahaja Norish datang ke NADI dan mendaftar menjadi ahli dan mengikuti beberapa aktiviti di NADI, Norish merasakan segala aktiviti yang dia ikuti sepanjang tahun ini adalah sangat membantu kerana bagi dia pembelajaran yang dia belajar NADI adalah sangat menarik dan menakjubkan kerana ilmu pengetahuannya semakin bertambah

Gambar disini

 

BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD/POWERPOINT & PROMOSI PRODUK 

Nama : PN. DANG SRI FAUZEYEAH BTE AMIN 
Umur : 39 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Pn. Dang Sri Fauzeyeah binti Amin adalah anak ke-5 dari 9 orang adik beradik yang merupakan generasi ke-2 kepada peneroka Felda Umas, Tawau. Beliau telah menamat pengajian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Apas, Tawau Sabah. Bidang kimpalan merupakan minat beliau daripada bangku sekolah lagi dan pada tahun 2015 beliau mula berjinak dalam bidang tersebut secara kecil-kecilan. Berdasarkan kemahiran yang diperolehi oleh beliau, pada tahun 2017 beliau mula mengembangkan perniagaan kimpalan berasaskan besi dan logam di kawasan Felda Umas. Pada tahun 2020, kini beliau telah mampu membuka bengkel sendiri untuk membuat kerja-kerja kimpalan serta mempunyai dua orang pekerja. Beliau juga kini telah menerima tempahan di seluruh daerah Tawau. Antara produk yang dihasilkan oleh beliau adalah sangkar kucing, pagar rumah, rak kasut dan lain-lain. Selain itu, beliau juga membuat perniagaan sampingan seperti catering dan menjual produk-produk tempatan. Beliau telah menjadi ahli PI pada 2018 dan juga merupakan ahli jawatan kuasa NADI dan seorang yang sangat aktif dalam apa jua program yang dijalankan di NADI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menjadi ahli NADI Pn. Dang Sri mempromosikan perniagaan beliau melalui rakan-rakan dan saudara mara terdekat. Perniagaan beliau hanya tertumpu di kawasan Felda Umas sahaja. Perniagaan beliau juga tidak tertumpu kepada kimpalan malah lebih kepada catering sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan beliau menggunakan perkhidmatan NADI, beliau kini dapat mengembangkan peniagaan dengan mengunakan perkhidmatan NADI untuk mempromosikan lagi hasil jualan beliau di media sosial. Dorongan yang diberikan oleh petugas memberi semangat baru bagi beliau untuk mengembangkan perniagaan kimpalan di luar kawasan Felda Umas. Kini dengan mengunakan plaform media sosial beliau telah menerima tempahan dari seluruh kawasan Tawau. 

Gambar disini

 

BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD/POWERPOINT & PROMOSI PRODUK 

Nama : NURFADZILA BINTI PARANCHOI 
Umur : 30 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Pn. Nurfadzila binti Paranchoi merupakan pemilik kepada perniagaan kecil yang di namakan sebagai “Karipap Krabings”. Beliau yang juga merupakan anak jati Felda Umas atau anak peneroka Felda Umas yang kini semakin menjadi bualan penduduk dengan hasil jualan yang kian berkembang dengan mempelbagaikan jenis jualan termasuk sejuk beku. Beliau telah memulakan perniaga beliau pada 10 Januari 2016 sehingga kini. Penjualan utama yang dihasilkan oleh beliau adalah karipap seperti karipap sardin, karipap kentang dan macam-macam lagi. Beliau juga mengusahakan pelbagai jenis makanan seperti laksa dengan menyediakan perkhidmatan Cash On Delivery (COD). Selain itu, beliau merupakan seorang yang aktif dalam mengikuti program-progam dan pertandingan masakan yang diadakan di Felda Umas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menjadi ahli NADI Pn. Nurfadzila menggunakan telefon bimbit untuk melayari internet untuk menambah kemahiran sedia ada bagi mencari sumber dan mencari resepi yang baru. Selain itu, beliau juga mengiklankan perniagaan beliau melalui rakan-rakan dia kawasan kejiranan Felda Umas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan beliau menggunakan perkhidmatan NADI, beliau kini dapat mengembangkan peniagaan dengan mengunakan perkhidmatan NADI untuk mempromosikan lagi hasil jualan beliau. Selain itu, beliau juga aktif mengikuti setiap program yang dibuat NADI dengan membuat jualan dan promosi di booth yang telah disediakan.

Gambar disini

 

BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD, POWERPOINT & EXCEL

Nama : Mohd Fhaeizam Bin Mohammad Fadzly
Umur : 16 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Mohd Fhaeizam merupakan anak sulung di antara 4 orang adik beradik bagi Encik Fadzly & Puan Asmah. Mereka tinggal di perumahan staff Felda Umas 6. Fhaeizam kini berumur 16 Tahun (Tingkatan 4) dan bersekolah di SMK Umas-Umas Tawau. Beliau tidak menyandang apa-apa jawatan dalam mana-mana klub & persatuan di sekolah kerana dia mempunyai minat yang berbeza dalam kehidupan, kerana menjadi pelajar biasa adalah perkara paling dia suka dan bagi beliau kesederhanaan adalah permulaan yang baik untuk menjadi manusia berjaya. Akan tetapi sebenarnya Fhaeizam sangat pandai dalam bidang mencari maklumat di internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan Fhaeizam di NADI pemahaman beliau terhadap penggunaan komputer adalah sangat sederhana. Kerana bagi beliau komputer adalah tempat untuk bermain game, buat kerja, tengok animasi dan movie. Beliau sedar akan pengunaan Microsoft Office di Komputer tapi beliau tidak arif dalam menggunakannya. Maka dengan itu, beliau lebih focus dalam mencari maklumat cara memuat turun game dan animasi komputer

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas sahaja Fhaeizam datang ke NADI dan mendaftar menjadi ahli dan mengikuti beberapa aktiviti di NADI, fhaeizam merasakan segala aktiviti yang dia ikuti sepanjang tahun ini adalah sangat hebat kerana bagi dia pembelajaran yang dia belajar NADI adalah sangat membantu dalam hidupan hariannya dan di sekolah.

Gambar disini

 

BELAJAR MENGUNAKAN INTERNET, MICROSOFT WORD, POWERPOINT & PAINT 3D

Nama : NURJUMAIRAH KAHAR BINTI KAHAR
Umur : 9 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

 

Nurjumairah Kahar Binti Kahar atau lebih dikenali sebagai Mira yang berumur 9 tahun merupakan anak tunggal kepada En. Kahar Sani yang juga merupakan ahli dan usahawan NADI Felda Umas serta pasangannya Pn. Rafiza binti Idrus. Adik Mira merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Umas-Umas Tawau yang bercita-cita ingin menjadi penyanyi terkenal suatu hari nanti. Adik Mira juga merupakan seorang yang rajin dan aktif di sekolah mahupun di rumah. Selain itu, penglibatannya di sekolah sangat aktif mahupun dalam bidang pembelajaran dan kokurikulum. Adik Mira juga merupakan wakil Sekolah Kebangsaan Umas-Umas dalam Pertandingan Nyanyian peringkat sekolah zon Tawau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan adik Mira sebagai ahli NADI Felda Umas, adik Mira tidak tahu menggunakan komputer dan fungsi setiap perisian komputer dan Internet. Walau bagaimanapun, adik Mira hanya tahu mengunakan telefon pintar untuk melayari youtube

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan adik Mira sebagai ahli NADI dan mengikuti setiap kelas yang diadakan oleh petugas PEDi, pengetahuan ICT adik Mira kini semakin bertambah dan semakin memberansangkan. Beliau kini tahu menggunakan komputer untuk kegunaan yang lebih baik. Selain itu, adik mira telah mengetahui cara penggunakan peralatan-peralatan serta perisian komputer dengan baik seperti Microsoft Word untuk menaip, PowerPoint bagi membuat logo dan gambar, Paint 2D dan 3D untuk melukis gambar dan sebagainya. Malahan adik mira merupakan seorang yang rajin dalam mengikuti setiap aktiviti atau kelas yang diadakan di NADI

Gambar disini

Nurjumairah Kahar Binti Kahar